Translate
- Home »
- Asal usul Hadroh
Unknown
On Rabu, 16 Januari 2013
Asal-usul Hadrah
Permainan hadrah pada masa dahulu dikenali dengan nama panggilan Noge. Walaubagaimana pun, dalam tahun 1960an, permainan ini dikenali sebagai Hadrah. Buat masa ini, mula terkenal dengan nama panggilan Anika Bangsawan Hadrah. Mengikut keterangannya, perkataan Hadrah diberi sempena dengan nama Puteri Zahrah, seorang lelaki tetapi disebabkan segak dan tampan, dia telah dipakaikan dengan pakaian perempuan.
Permainan hadrah pada masa dahulu dikenali dengan nama panggilan Noge. Walaubagaimana pun, dalam tahun 1960an, permainan ini dikenali sebagai Hadrah. Buat masa ini, mula terkenal dengan nama panggilan Anika Bangsawan Hadrah. Mengikut keterangannya, perkataan Hadrah diberi sempena dengan nama Puteri Zahrah, seorang lelaki tetapi disebabkan segak dan tampan, dia telah dipakaikan dengan pakaian perempuan.
Tarian Hadrah amat popular pada tahun 1950an dan 1960an,
terutamanya
bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti
Perlis, Kedah,
Perak dan Pulau Pinang. Di Selatan Semenanjung Malaysia,
Hadrah
ini lebih dikenali sebagai 'Kompang', sementara di Pantai
Timur
pula lebih dikenali sebagai 'Rebana Kencang'.
Permainan atau persembahan Hadrah ini boleh digolongkan
dalam
muzik paluan, iaitu muzik yang hanya menggunakan alat-alat
gendang
dan gong untuk mengiringi nyanyian dan tarian. Terdapat
perbezaan
persembahan Hadrah di negeri-negeri di Utara Semenanjung
Malaysia.
Perbezaan ini bukan sahaja dapat dilihat dari segi sari
kata lagu,
corak tarian serta aspek persembahan tetapi yang lebih
nyata adalah
dalam aspek penekanan nyanyian dan tarian di dalam setiap
persembahan.
Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sama dengan
persembahan
teater yang lain seperti Makyong, Menora dan sebagainya
dari aspek
persembahan.
"Razuk" sedang menari bersama-sama penari. |
Jika suatu ketika dahulu, tarian Hadrah ini dikenali
sebagai Noge,
maka terdapat beberapa perbezaan di antara keduanya. Dalam
tarian
Noge, terdapat hanya lagu dan nyanyian di samping
menyelitkan lakonan
untuk memeriahkan lagi persembahan. Alat muzik yang
digunakan adalah
alat muzik lama, seperti gendang. Hadrah pula mengutarakan
alat
muzik yang lebih moden iaitu biola, gitar, drum dan
tamborin.
Permainan Hadrah dimain sebagai hiburan di majlis-majlis
perkahwinan
iaitu di waktu persandingan dilangsungkan. Selain daripada
itu,
ianya juga dilakukan sebagai melepaskan nazar.
Terdapat banyak cerita mengenai kemunculan permainan
Hadrah ini.
Menurut sejarahnya, Hadrah ini, berasal dari cerita orang
sesat
dalam hutan rimba. Ceritanya bermula dengan seorang tua
bersama
dua belas orang kawannya, pergi memburu. Malang menimpa,
seorang
daripada mereka telah sesat semasa berjalan di tengah
hutan. Pemburu
yang malang itupun berjalan seorang diri. Setelah penat
mencari
jalan keluar, beliau terjumpa dengan sepohon kayu besar.
Beliau
duduk di atas akar banir pokok kayu tersebut lalu menyanyi
sambil
memukul banir tersebut dengan hasrat bunyian tersebut
dapat didengar
oleh kawan-kawannya yang lain. Dengan perbuatan ini, dia
dapat bertemu
dengan kawan-kawannya kembali.
Sekembalinya di kampung, mereka membuat tiap-tiap seorang
sebuah
gendang, lalu bermain sambil menyanyi lagu yang
dinyanyikan oleh
kawannya yang sesat tadi. Inilah sebabnya bahasa yang
dinyanyikan
dikatakan bahasa orang sesat, yang berbunyi seperti
berikut……"Sa………no……ree!…..Hae!……mere".
Ini dikatakan bahasa orang sesat yang dikenali bahasa
Noge.
Mengikut satu lagi cerita dongeng, terdapat seorang
dewa-dewa
di kayangan yang mempunyai 7 orang anak. Setelah mendapati
mereka
membuat salah, mereka telah disumpah oleh ayahnya dan
dilempar ke
dunia. Mereka dibekalkan dengan sebilah gergaji, sebilah
kapak dan
tiga keping belulang kulit kambing. Apabila mereka turun
ke dunia,
mereka sesat di tengah hutan rimba yang kononnya di sebuah
Negeri
Arab. Semasa berjalan di tengah hutan rimba, mereka
terjumpa sebatang
kayu berlubang. Dengan kayu ini, mereka telah membuat
gendang dan
menyanyi lagu "Aya he kamper ".
Hadrah juga berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang
disertai
oleh Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib
Osman, Hadrah
adalah sejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur
keagamaan
terutama puisi Arab yang menyanjungi Nabi Muhammad (s.a.w)
dan sebagai
contohnya, puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang
Madinah
menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah yang
dikenali
sebagai lagu 'Talla-an Badrun' alaina'. Pada masa dahulu,
di negeri
Arab gendang akan dipalu bersama dengan nyanyian untuk
menaikkan
semangat para tentera yang sedang berperang.